fbpx

Bergaduh di Facebook sebelum bakar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang suspek yang ditahan kerana merosakkan sebuah kereta di Jalan BK 5, Bandar Kinrara di sini semalam.

KUALA LUMPUR – Bermula dengan perselisihan faham yang berlarutan di media sosial Facebook, seorang lelaki sanggup merosakkan sebuah kereta di Jalan BK 5, Bandar Kinrara di sini semalam.

Dalam kekecohan pada pukul 4 petang itu, suspek turut menjerit dalam keadaan marah selain membuat provokasi selepas merosakkan sebuah kereta jenis Proton Waja yang diparkir di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, pihaknya telah mengesan empat video tular di media sosial Facebook berkaitan kejadian.

“Suspek telah merosakkan sebuah kereta dengan memecahkan cermin dan lampu menggunakan seketul batu. Polis turut mengambil tindakan dengan menahan suspek, seorang lelaki dan wanita bagi membantu siasatan.

“Rentetan kejadian tersebut, seorang lagi lelaki berusia 42 tahun telah membakar kereta yang telah dirosakkan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kejadian difahamkan berpunca daripada pergaduhan dan perselisihan faham yang berlarutan di media sosial Facebook melibatkan kedua-dua belah pihak.

“Setakat ini, kita telah menahan seorang lelaki di bawah Seksyen 506 kanun keseksaan kerana ugutan jenayah, dua lelaki dan seorang wanita di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dan seorang lelaki di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api. Kesemua mereka berusia 36 hingga 42 tahun,” jelasnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI