fbpx

Harga topi keledar ‘rare’ RM60,000?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar topi keledar 'rare' yang dikatakan ingin dijual pada harga RM60,000 tular di Facebook.

PETALING JAYA – Selepas tular berkenaan harga sebuah motosikal Yamaha RXZ dengan harga RM60,000 baru-baru ini, kini timbul pula harga topi keledar yang tidak masuk akal.

Terbaru di media sosial Facebook, satu topi keledar jenama MS88 yang ditinggalkan di tepi jalan dengan harga tidak masuk akal juga RM60,000.

Melalui satu klip video berdurasi 3 minit yang dikongsi Facebook Kedai Penjual Helmet, ternyata topi keledar lama yang ditinggal di tepi jalan juga mempunyai harga yang tinggi.

Video tersebut dipercayai dihasilkan bagi mengajuk harga motosikal lama yang kini mencecah ribuan ringgit dan tidak masuk akal.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai, ada yang menyifatkan video tersebut lawak dan ada juga yang mengecam tindakan yanh dilakukan perakam terbabit.

“Lawak la brader ni, helmet terbakar macam ni pun boleh cecah RM60,000. Tapi apa nak kata kan dah barang ‘rare’, susah dah nak cari ni,” jelas Joe Labu.

“Minat masing-masing, orang tak kenal barang ada nilai ke tidak, asyik nak mengutuk je orang kita,” kata Khairul Hashim. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI