fbpx

Tiga anggota polis mengaku tidak bersalah terima rasuah RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah RM10,000, empat tahun lalu. /FOTO MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Tiga anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah sebanyak RM10,000 untuk menukar seksyen kesalahan seorang suspek yang disiasat di bawah kes dadah.

Tertuduh, Vincent Yap, 54 yang berpangkat Sarjan dan dua lagi tertuduh berpangkat Koperal iaitu Mohd. Khairum Yahya, 32, serta Zulkifli Halim, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, Negeri Sembilan didakwa telah secara rasuah menerima satu suapan iaitu wang tunai daripada Hanapi Mansor sebagai dorongan untuk menukar seksyen kesalahan yang lebih rendah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesalahan itu dilakukan di Pondok Polis Palong 12, Jempol pada 17 Oktober 2017.

Berikutan itu, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan dikenakan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah nilai suapan atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 kepada semua tertuduh dengan syarat tambahan.

Bagaimanapun, mereka yang tidak diwakili peguam memohon supaya jaminan dikurangkan atas alasan perlu menanggung keluarga dan anak yang msih kecil serta mempunyai komitmen lain.

Mahkamah kemudian membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan perlu melapor diri di Ibu Pejabat SPRM Negeri Sembilan pada minggu pertama setiap bulan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI