fbpx

Terengganu dijangka beralih Fasa 4 akhir Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri (kanan) berbual mesra dengan salah seorang pelajar OKU yang menerima suntikan vaksin Covid-19 di SMK Pengkalan Berangan, hari ini.

MARANG – Terengganu menjangkakan akan beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) selewat-lewatnya penghujung bulan depan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, peralihan itu bergantung kepada tiga indikator utama ditetapkan kerajaan.

Beliau berkata, tiga indikator berkenaaan ialah bilangan kes jangkitan harian, kadar penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan peratusan lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

“Esok Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik bagi meneliti data (kes Covid-19) setiap negeri.

“Berdasarkan senario pada waktu ini, Insya-Allah Terengganu boleh memasuki Fasa 4 PPN selewat-lewatnya sebulan lagi ,” katanya selepas memantau program Vaksinasi Remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Berangan di sini hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, setakat ini, Terengganu telah mencatatkan 83.2 peratus lengkap vaksinasi manakala 91.2 peratus pula sekurang-kurangnya satu dos bagi populasi dewasa.

Sebagai rekod, Terengganu telah melepasi Fasa 3 PPN pada 17 September lalu. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI