fbpx

Firmino kembali ketuai jentera hadapan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIRMINO bakal kembali mengisi kesebelasan utama Liverpool pada aksi bertemu Porto awal pagi esok – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengesahkan bakal membuat rombakan dalam kesebelasan utama pasukan menjelang aksi Kumpulan B sai­ngan Liga Juara-Juara menentang Porto di Stadium Dragao awal pagi esok.

Kata Klopp, kemungkinan besar penyerang sensasi, Roberto Firmino akan diserapkan dalam kesebelasan utama selepas cergas sepenuhnya apabila berjaya membuat kemunculan sebagai pemain gantian ketika bertemu Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu.

“Firmino telah menyertai latihan skuad utama sejak ming­gu lalu selepas diketepikan ekoran kecederaan awal bulan ini. Dia telah dimasukkan sebagai pemain gantian ketika bertemu Brentford dan dia tidak lagi bergelut dengan masalah kecergasan.

“Justeru, saya mungkin akan membuat sedikit rombakan dalam kesebelasan utama bagai memberi peluang buat pemain-pemain yang sebelum ini jarang beraksi kerana selepas Porto, kita akan menentang aksi getir di kancah EPL bertemu Manchester City.

“Namun, itu bukan bermakna saya memandang rendah dengan kualiti Porto. Mereka sudah tentulah antara pasukan yang wajar diberikan perhatian,” katanya.

Sementara itu, Klopp mengesahkan dua pemain tengah, ­Thiago Alcantara dan Naby Keita akan terus disisihkan daripada skuad utama.

“Alcantara hanya akan kembali bulan depan tetapi kecederaan Keita tidak terlalu serius tetapi perlawanan menentang Porto masih terlalu awal buatnya. Mungkin dia sempat kembali bertemu City,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI