fbpx

Dana RM120,000 pasang perangkap kera, babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kanan, Aminuddin dan Wan Mat melihat kesan jahitan pada belakang badan Afia sempena Program Ziarah Mangsa Serangan Kera di Taman Dusun Nyior, di sini tadi.

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM120,000 bagi menyediakan perangkap kera dan babi hutan untuk diagihkan ke tiga buah pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di peringkat daerah.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, peruntukan berkenaan dikhaskan untuk penyediaan perangkap di lokasi yang kerap terdapatnya aduan binatang berkenaan.

Menurutnya, keputusan itu dibuat hasil perbincangan dengan Perhilitan Negeri Sembilan bagi mengatasi masalah binatang atau musuh tanaman berkenaan.

“Kejadian digigit kera membabitkan kanak-kanak ini belum pernah berlaku di negeri ini dan kita tak mahu masalah ini berulang kembali. Jadi peruntukan ini khas menyediakan perangkap di lokasi yang telah dikenal pasti.

“Dalam kes di Taman Dusun Nyior ini, Kerajaan Negeri dan wakil rakyat setempat telah menghulurkan sumbangan, manakala PERHILITAN negeri pula akan mengetengahkan permohonan Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.

“Jumlah bantuan diberikan bergantung kepada laporan perubatan,” katanya sempena Program Ziarah Mangsa Serangan Kera di Taman Dusun Nyior, di sini, tadi.

Kosmo! 21 September lalu melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 21 bulan iaitu Nor Afia Muhamad Nur Issyifa cedera digigit kera dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI