fbpx

Padah buat bising, 82 motosikal ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara motosikal yang ditahan dalam operasi Bersepadu Samseng Jalanan di sekitar bandar raya Johor Bahru, Johor malam semalam.

JOHOR BAHRU – Sebanyak 82 buah motosikal dan enam penunggang yang berada dibawah pengaruh dadah ditahan dalam operasi Bersepadu Samseng Jalanan (Mat Rempit) di beberapa lokasi tumpuan sekitar bandar raya ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya turut mengeluarkan 75 keping saman dalam operasi tersebut.

Katanya, saman itu melibatkan 133 kesalahan antaranya tidak memiliki lesen dan ubahsuai struktur kenderaan manakala sebanyak 50 buah motosikal telah disita atas pelbagai kesalahan trafik.

“Operasi yang dijalankan bermula pukul 5 petang itu dibuat di beberapa laluan antaranya di Jalan Stulang Laut, Jalan Ibrahim Sultan dan juga di sekitar kawasan pentadbiran IPD Johor Bahru Selatan.

“Lokasi berkenaan dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ golongan remaja untuk berkumpul dan melepak sambil membuat bising bunyi deruman motosikal yang menggangu pengunjung lain yang berada di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Operasi tersebut dijalankan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPK Johor, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Selatan dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Johor Bahru Selatan dengan keanggotaan seramai dua pegawai dan 16 anggota. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI