fbpx

Harga ayam cecah paras tertinggi dalam sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Harga runcit pelbagai ayam di pasaran seluruh negara pada bulan ini dilaporkan mencecah paras paling tinggi dalam sejarah kecuali harga ayam tua yang dilihat terdapat sedikit penurunan.

Menurut perangkaan terbaharu oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), harga runcit ayam proses standard melepasi paras psikologi RM9 apabila berada pada RM9.45 sekilogram.

Ia merupakan kadar tertinggi pada tahun ini yang sebelum itu berlegar sekitar paling rendah iaitu RM8.10 pada Mei dan Jun manakala paling tinggi ialah RM8.45 pada April dan Ogos.

Lebih buruk, harga yang turut disahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu juga adalah tertinggi dibandingkan tahun lalu, 2019, 2018, 2017, 2016, 2015 dan 2014.

Selain itu, JPV merekodkan harga runcit ayam proses super bulan ini melepasi paras psikologi RM10 sekilogram, iaitu RM10.10 sekali gus memecah sejarah tertinggi dalam tujuh tahun.

Bulan lalu, ayam jenis itu melakar rekod apabila dijual pada harga RM9.60 iaitu kadar tinggi selepas kali terakhir mencatatkan paras paling tinggi sebanyak RM9.90 pada Julai tahun lepas.

Tidak ketinggalan, kategori baharu diwujudkan Januari lalu iaitu harga runcit ayam kampung yang juga melepasi paras psikologi RM15 sekilogram bulan ini apabila didapati dijual pada harga RM15.10.

Ia mengatasi rekod paling tinggi yang pernah dicatatkan oleh pihak JPV pada bulan lepas iaitu RM14.90, manakala kadar paling rendah dilaporkan ialah cuma RM13.80 pada Januari lepas. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI