fbpx
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak berjaya mematahkan cubaan memindahkan 19 ekor lembu hidup secara haram di Jalan Sir Chulan di Selama, hari ini.

Sorok 19 ekor lembu guna kanvas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri berjaya mematahkan cubaan memindahkan 19 ekor lembu hidup secara haram di Jalan Sir Chulan di Selama, hari ini.

Timbalan Pengarah JPV Perak, Dr. Rohaiza Yahaya berkata, kesemua ternakan itu dikesan dalam sebuah lori yang ditutup dengan kanvas ketika pasukan penguat kuasa menjalankan rondaan hasil risikan di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di daerah berkenaan.

Katanya, pasukan penguat kuasa mengesan lori dalam keadaan mencurigakan itu sebelum mengekori kenderaan berkenaan dari susur keluar Alor Pongsu arah utara.

“Kenderaan itu ditahan di hadapan sebuah sekolah di Jalan Sir Chulan dan pemeriksaan mendapati lori tersebut membawa 19 ekor lembu.

“Hasil soal siasat, pemandu lelaki berusia 47 tahun itu gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran memindahkan ternakan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan, manakala lori dan ternakan lembu dirampas untuk siasatan lanjut. Nilai  keseluruhan rampasan dianggarkan RM86,400.

Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 kerana memindahkan ternakan tanpa kebenaran sah daripada Pengarah JPV Perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN