fbpx

Dua PPS tempatkan 82 mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Balai Polis Lintang petang tadi.

SUNGAI SIPUT – Jumlah mangsa banjir kilat di Sungai Siput kini berkurangan kepada 82 orang daripada 21 keluarga yang ditempatkan di dua buah pusat penempatan sementara (PPS).

Sebuah PPS telah ditutup Iaitu Dewan Lintang dan kesemua mangsa di situ dipindahkan ke PPS Dewan Orang Ramai RPT Tok Sirat.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pasukan penyelamat masih lagi memantau situasi semasa.

“PPS Dewan Tok Sirat kini menempatkan 59 mangsa berbanding 61 sebelumnya manakala PPS Sekolah Kebangsaan Lasah dihuni 23 mangsa.

“Mangsa-mangsa adalah dari Kampung Chior dan Kampung Tok Sirat di Lasah serta Kampung Lintang,” ujar jurucakap tersebut.

Hujan lebat malam semalam menyebabkan tiga perkampungan di Sungai Siput termasuk pekan Lintang masih ditenggelami air sehingga paras kira-kira 1.5 meter.

Pemantauan berkala masih dilakukan oleh pihak bomba bersama agensi penyelamat yang lain untuk memantau keadaan banjir. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI