fbpx

3 lagi lokaliti skim Felda di Bera kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sejumlah tiga skim tanah rancangan persekutuan di, Pahang meliputi Felda Rentam, Felda Tementi dan Felda Sebertak yang terletak dalam Bera bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara serentak bermula Rabu ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, peneroka di tiga kawasan itu telah pun lengkap menerima dua dos vaksin lebih sebulan lalu yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Ahli Parlimen Bera.

“Bagaimanapun, sehingga kini berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, tiada sebarang kluster yang diumumkan namun kes melonjak di tiga skim Felda itu kebelakangan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, turut dilaksanakan PKPD mulai lusa sehingga 12 Oktober depan ialah empat perkampungan masyarakat Orang Asli yang terletak di Seri Makmur dalam Daerah Kinta, Perak.

Katanya, lokaliti terpencil yang didiami penduduk suku kaum Temiar serta berhampiran Tanjung Rambutan itu melibatkan Kampung Bakok, Kampung Jambu, Kampung Lalang dan Kampung Dollah.

Bagaimanapun, katanya, satu perkampungan Orang Asli dari suku Semai di Gangai, Mukim Slim dalam daerah Muallim di negeri itu ditamatkan PKPD esok, lapan hari jauh lebih awal.

“Selebihnya, enam lokaliti di dua negeri berakhir PKPD serentak esok seperti telah dijadualkan antaranya ialah Kampung Temalian, Raub dan Kampung Paya Pelong, Temerloh di Pahang.

“Di Sabah pula melibatkan Kampung Rugading, Kota Marudu; Kilang Fu Yee, Kalabakan; serta Kampung Warisan dan Rumah Pangsa Tanjung Aru, Kota Kinabalu,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI