fbpx

Sungai di Perak paling bersih di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

REMBAU – Perak dikenal pasti sebagai negeri paling banyak memiliki sungai terbersih yang dikategorikan sungai kelas satu di negara ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, secara keseluruhannya juga, majoriti tahap kualiti sungai di negara ini masih lagi berada dalam keadaan bersih dan masih jernih.

“Cuma kena akui ada aktiviti-aktiviti yang perlu kita pantau bagi mengelakkan sumber air ini daripada tercemar,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan 2021 di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, terdapat 2,986 lembangan sungai di seluruh negara yang menjadi sumber bekalan air bersih untuk rakyat Malaysia, manakala purata taburan hujan tahunan yang melebihi 2,000 milimeter setahun adalah antara yang tertinggi di dunia.

Beliau kemudian menyeru pihak berkuasa negeri supaya mengaplikasi Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) yang telah dibangunkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebagai satu rujukan asas dalam perancangan pembangunan guna tanah khususnya di kawasan lembangan sungai dan sumber air di seluruh negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI