fbpx

Raducanu pecat jurulatih sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADUCANU mencipta sensasi apabila menjuarai Terbuka AS baru-baru ini. - AFP

LONDON – Pemain tenis sensasi Britain, Emma Raducanu mengambil keputusan untuk ‘berpisah’ dengan jurulatih peribadi, Andrew Richardson berkuat kuasa serta merta kerana mahu mendapatkan khidmat jurulatih yang lebih berpengalaman.

Sebagai rekod, pemain berusia 19 tahun itu mencipta kejutan luar biasa apabila berjaya menjuarai trofi Grand Slam pertama dalam karier selepas memenangi kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (AS) awal bulan ini hasil bimbingan Richardson.

Namun, Raduca­nu yang mula melan­tik Richardson selepas Kejuaraan Wimbledon pada Julai lepas percaya bekas pemain profesional berusia 47 tahun itu tidak mempunyai kriteria yang diharapkan dalam membantu meningkatkan lagi prestasinya dalam siri Jelajah WTA akan datang.

Raducanu berkata, keputusan untuk memecat Richardson bukanlah keputusan yang mudah tetapi perlu dilakukan kerana mahu melantik seorang jurulatih yang mempunyai pengalaman dalam siri Jelajah WTA agar boleh melancarkan lagi perjalanan kariernya.

“Selepas Wimbledon, saya mengambil keputusan untuk menjalinkan kerjasama jangka pendek dengan Richardson dan tidak sangka berjaya meraih kejuaraan Terbuka AS sekali gus melonjakkan ranking peribadi daripada ke-150 hingga ke kedudukan 22 ketika ini.

“Ia adalah keputusan yang sukar, namun saya percaya ini demi kebaikan karier saya dan buat masa ini, saya tidak ter­desak untuk mencari jurulatih baharu kerana saya hanya akan kembali ke kejohanan kompetitif pada bulan depan,” katanya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI