fbpx

Pasangan bekas kekasih didakwa cuba gugur bayi dalam kandungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Nasarudin (baju batik) didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan cuba menggugurkan janin dua tahun lalu.

KOTA BHARU – Seorang anggota tentera dan bekas kekasihnya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan dengan niat menyebabkan janin berusia lima bulan dalam kandungan mati selepas dilahirkan melalui cara memakan pil gugur janin dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhamad Nasarudin Hashim, 26, mengaku bersalah, namun bekas kekasihnya, Dayang Nur Juliena Johari, 20, pula mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Dayang Nur Juliena didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan cuba menggugurkan janin yang dikandungnya dua tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa secara bersama-sama telah memakan satu biji pil Miferistone iaitu pil gugur janin dengan niat hendak mengelakkan janin berusia lima bulan yang dikandung wanita tersebut daripada dilahirkan hidup atau hendak menyebabkan kematian janin itu selepas dilahirkan.

Kesalahan itu dilakukan oleh mereka di sebuah rumah di Kok Lanas di sini kira-kira pukul 11 malam pada 22 Mei 2019.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fariz Abdul Hamid manakala kedua-kedua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Fariz menawarkan jaminan masing-masing sebanyak RM5,000 untuk kedua-dua tertuduh sementara menunggu sebutan semula kes dan hukuman.

Kedua-dua tertuduh dalam rayuan mereka memohon jaminan yang rendah memandangkan masing-masing mempunyai komitmen melibatkan kewangan.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan tarikh 27 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Kedua-dua tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI