fbpx

Kematian Covid-19 lepasi 25,000 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Angka kes kematian akibat Covid-19 di seluruh negara kini melepasi 25,000 dengan 25,159 kes, susulan pertambahan sebanyak 228 kes kematian semalam.

Menurut data yang dikemas kini pukul 11.59 malam tadi pada laman web CovidNow, ia termasuk 89 kes kematian sebenar bagi tempoh purata tujuh hari.

“Terdapat 36 kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID), menjadikan jumlah kes BID di seluruh negara sebanyak 4,923 kes.

“Dalam masa sama, Negeri Sembilan, Perlis, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan kes kematian Covid-19,” menurut laman web tersebut di sini hari ini.

Negeri-negeri yang merekodkan kematian ialah Selangor (75), Johor (56), Sabah (19), Kelantan (18), Kedah (15), Perak (14), Sarawak (9), Pulau Pinang (8), Melaka (4), Terengganu (4), Pahang (3) dan Kuala Lumpur (3). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI