fbpx

Bangkai penyu agar ditemui di Pantai Pandak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai penyu agar yang ditemui di Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Seekor penyu agar betina seberat 15 kilogram ditemui mati terdampar dipercayai akibat terperangkap dalam pukat di Pantai Pandak, Chendering, di sini semalam.

Bangkai penyu berusia dalam lingkungan empat hingga lima tahun itu ditemui orang awam yang mengunjungi kawasan pantai berkenaan pada pukul 5.18 petang.

Pengarah Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung penemuan itu dan  pemeriksaan mendapati terdapat kesan darah pada bahagian mata penyu tersebut.

“Pihak kami masih belum mengenalpasti punca kematian tetapi tidak menolak penyu ini mungkin lemas akibat terperangkap dalam pukat nelayan dan ia telah ditanam di kawasan pantai sama berhampiran lokasinya ditemui pada pukul 7 malam.

“Setakat ini, sebanyak 39 kematian penyu dan satu bangkai tuntung laut telah direkodkan di Terengganu sepanjang tahun ini,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI