fbpx

10 kenderaan diarah patah balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang anggota polis melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang hendak merentas ke daerah Kota Tinggi dalam sekatan jalan raya Lebuh Raya Senai-Desaru berhampiran jambatan E22 hari ini. - FOTO: IHSAN PDRM

KOTA TINGGI – Lebih 10 kenderaan diarah berpatah balik sewaktu cuba merentas memasuki daerah Kota Tinggi hari ini kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kesemua kenderaan tersebut tidak dibenarkan masuk ke daerah ini ketika pemeriksaan sekatan jalan raya Lebuh Raya Senai-Desaru berhampiran jambatan E22.

“Antara punca utama mereka diarahkan berpatah balik adalah kerana masih belum lengkap vaksinasi.

“Sama ada baru mendapat satu dos vaksin atau masih belum melepasi tempoh 14 atau 28 hari selepas mendapat dos kedua vaksin.

“Dalam masa yang sama pihak polis turut melakukan pemeriksaan ditempat peranginan dan rekreasi di mana terdapat individu yang turut diarah meninggalkan pantai dan tempat rekreasi kerana gagal mematuhi arahan seperti mana dalam SOP Fasa 2,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussin berkata, masyarakat perlu maklum bahawa syarat utama untuk melakukan rentas daerah tanpa kebenaran polis serta berada di tempat peranginan atau rekreasi mestilah lengkap vaksinasi.

Katanya, ia bermaksud penerima vaksin mestilah telah melepasi tempoh 14 hari atau 28 hari setelah mendapat dos kedua vaksin.

“Perbuatan tidak mematuhi arahan sepertimana SOP Fasa 2 seperti merentas daerah dan berada di kawasan peranginan atau tempat rekreasi tanpa vaksinasi lengkap adalah merupakan kesalahan dan boleh dikompaun atau didakwa dibawah Akta 342,”katanya lagi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI