fbpx

Saranan had pengeluaran LKM disifatkan cadangan peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani

KUALA LUMPUR – Saranan mengehadkan pengeluaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) kepada warga emas disifatkan sebagai cadangan peribadi Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

Menjelaskan perkara tersebut, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, saranan tersebut merupakan cadangan peribadi Datuk Azisman Alias di peringkat dalaman JSPT sahaja.

“Pengarah JSPT Bukit Aman telah menyuarakan cadangan agar lesen memandu bagi warga emas dihadkan semalam.

“Saranan tersebut merupakan cadangan peribadi beliau di peringkat dalaman JSPT sahaja dan belum lagi dibincangkan secara mendalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Acryl memberitahu, JSPT sebagai jabatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam memastikan keselamatan jalan raya, sentiasa melihat kepada kaedah-kaedah meningkatkan keselamatan demi kepentingan masyarakat.

“Sebarang pengenalan kaedah keselamatan baharu, hanya akan dilaksanakan setelah menjalani proses kajian serta diputuskan implementasinya oleh semua pihak yang berkepentingan,” ujarnya.

Kosmo! Online semalam melaporkan, PDRM mencadangkan agar pengeluaran LKM kepada warga emas dihadkan oleh kerajaan.

Datuk Azisman Alias berkata, cadangan tersebut diutarakan memandangkan terdapat faktor menunjukkan bahawa warga emas antara yang menjadi penyumbang kepada kemalangan di jalan raya.

“Kita kena tahu apabila mencapai usia warga emas banyak penyakit yang datang antaranya seperti nyanyuk, Alzheimer dan penglihatan mata tidak terang.

“Faktor berkenaan secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di jalan raya dan terdapat kes sebelum ini seorang warga emas memandu kenderaan dengan memasuki lorong motosikal,” katanya dalam satu sidang akhbar khas di Bukit Aman semalam. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI