fbpx

Lelaki maut teguk air berkarbonat secara pantas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan mangsa yang meminum air berkarbonat dengan pantas menyebabkan pengumpulan gas pada organ saluran darahnya. - Niloo

BEIJING – Seorang lelaki di China maut selepas meminum sebotol air minuman Coca-Cola sebanyak 1.5 liter secara pantas dalam masa 10 minit, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Menurut pasukan perubatan, lelaki berusia 22 tahun yang tidak didedahkan identitinya itu meninggal dunia akibat penghasilan gas yang pantas di dalam badannya, sekali gus memberi kesan kepada kadar oksigen dalam hati.

Mangsa sebelum itu pergi ke sebuah hospital di Beijing enam jam selepas meminum air minuman tersebut, selepas mengadu berasa sakit dan perutnya membengkak.

Dia memaklumkan kepada doktor bahawa telah meminum sebotol air Coca-Cola dengan pantas untuk menghilangkan rasa dahaga akibat cuaca panas.

Minuman tersebut diteguk terlalu cepat sehingga menyebabkan gas berkumpul dalam usus lelaki berkenaan, menyebabkan salah satu saluran darah utama ke bahagian hatinya bocor akibat tekanan.

Penulis utama bagi laporan kes tersebut, Qiang He, menyatakan bahawa kakitangan perubatan segera berusaha untuk melepaskan gas dari sistem pencernaan lelaki itu.

Dia juga diberi ubat untuk membantu melindungi hatinya selain beberapa ikhtiar untuk menstabilkan fungsi badan yang lain daripada mengalami kerosakan selanjutnya.

Selepas 12 jam, ujian darah menunjukkan lelaki itu mengalami kerosakan hati yang serius. Keadaannya semakin merosot dan akhirnya didapati meninggal dunia 18 jam selepas menerima rawatan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI