fbpx

Dinda Kugiran Masdo dipuji Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUGIRAN MASDO disangka berasal dari Indonesia.

SIAPA sangka, lagu Dinda milik Kugiran Masdo kembali tular dalam media sosial selepas tiga tahun dihasilkan.

Itulah yang berlaku baru-baru ini apabila lagu tersebut menjadi sebutan netizen dari Indonesia.

Lebih membanggakan, Dinda sering digunakan oleh netizen dari negara seberang itu sebagai muzik latar untuk video-video TikTok mereka.

“Gue kira orang Indo, ternyata orang Malaysia (saya sangka orang Indonesia, rupa-rupanya dari Malaysia),” tulis seorang netizen.

“Baru tahu ada kumpulan sehebat ini di Malaysia!” puji seorang pengguna Internet dari Indonesia.

Sehingga kini, video muzik Dinda dalam YouTube telah mencapai lebih enam juta tontonan dan turut tersenarai antara lagu paling tular di Spotify Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI