fbpx

Chelsea mahu tambah resah City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO (tengah) masih kekal dalam senarai pemain yang perlu ada dalam pasukan. - AFP

Oleh IRFAN BURHANUDDIN

SAINGAN Fantasi Premier League (FPL) minggu keenam pastinya memeningkan kepala setiap pengurus untuk mencorakkan pilihan terbaik berdasarkan jadual perlawanan sengit kebanyakan pasukan utama minggu ini.

Juara Eropah, Chelsea dan pemenang Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City akan membuka tirai saingan minggu keenam diikuti satu lagi pasukan pilihan, Manchester United menentang Aston Villa hari ini.

Keesokannya, saingan EPL kali ini dirancakkan lagi dengan pertembungan derbi Utara London antara dua musuh tradisi, Arsenal bertemu Tottenham Hotspur.

Justeru, Kosmo! berkongsi beberapa tips bagi membolehkan para pengurus membuat pertaruhan pemain-pemain terbaik dalam usaha memburu mata maksimum bagi saingan minggu keenam kali ini.

 

PENJAGA GOL
ROBERT Sanchez menjadi pilihan penjaga gol berdasarkan kecemerlangan Brighton yang hanya tewas sekali dalam lima aksi EPL setakat ini. Tidak mustahil dia mampu meneruskan prestasi sama ke atas Crystal Palace pada Selasa ini.

PERTAHANAN
VIRGIL Van Dijk merupakan aset penting benteng pertahanan Liverpool buat masa ini apabila cuma bolos satu gol dalam lima perlawanan. Marcos Alonso juga boleh menjadi pilihan kerana tugasnya sebagai pengambil sepakan percuma Chelsea.

TENGAH
MOHAMED Salah semestinya perlu ada dalam pasukan selepas sudah meledak empat gol dalam empat perlawanan berturut-turut. Kecemerlangan Ismaila Sarr menjaringkan dua gol minggu lalu menjadikan dia sebagai pilihan selain Said Benrahma.

PENYERANG
JAMIE Vardy dijangka mampu beraksi cemerlang dengan meledak gol ke atas Burnley malam ini sekali gus membantu Leicester kembali ke landasan kemenangan sejak menewaskan Norwich pada hujung bulan lalu.

KAPTEN
CRISTIANO Ronaldo terus menjadi rebutan pengurus FPL selepas berjaya memungut 19 mata dalam dua perlawanan terdahulu bersama Manchester United dan dijangka meneruskan momentum hebat itu ketika menanti kunjungan Aston Villa hari ini.

 

FORMASI: 3-4-3
Nilai: £100

KESEBELASAN UTAMA

Penjaga gol
Robert Sanchez (Brighton) £4.5

Pertahanan
Virgil van Dijk (Liverpool) £6.5
Marcos Alonso (Chelsea) £5.8
Tino Livramento (Southampton) £4.2

Tengah
Mohamed Salah (Liverpool) £12.6
Ismaila Sarr (Watford) £6.1
Demarai Gray (Everton) £5.8
Said Benrahma (West Ham) £6.2

Penyerang
Cristiano Ronaldo (Man. United) £12.7
Jamie Vardy (Leicester) £10.4
Neal Maupay (Brighton) £6.5

Simpanan
Alex McCarthy (Southampton) £4.5
Conor Gallagher (C. Palace) £5.6
Shane Duffy (Brighton) £4.3
Javier Manquilo (Newcastle) £4.0

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI