fbpx

Bot pukat tunda diharamkan di Zon B secara berperingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sufian menandakan bahagian yang akan dipotong sebagai simbolik tindakan pelupusan bot pukat tunda di kawasan pejabat Cawangan Perlindungan Sumber, Kompleks Perikanan Kampung.

LUMUT – Bilangan bot pukat tunda yang dibenarkan beroperasi di kawasan Zon B akan dikurangkan daripada 4,800 bot berlesen kepada 1,950 bot menjelang 2025 sebelum diharamkan sepenuhnya pada 2030.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan, Mohd. Sufian Sulaiman berkata, ia sebagai usaha melindungi sumber perikanan di kawasan tersebut yang didapati semakin berkurangan.

Zon B ialah kawasan perairan yang berada antara lapan hingga 15 batu nautika dari pantai terdekat.

“Kajian mendapati bilangan bot pukat tunda sedia ada melebihi sumber marin yang terdapat di zon tersebut. Bagaimana, bot pukat tunda boleh beroperasi tanpa masalah di Zon C iaitu kawasan perairan melebihi 15 batu nautika dari pantai.

“Ia sebahagian daripada usaha Jabatan Perikanan untuk menguruskan sumber perikanan dengan cekap, inovatif dan mesra alam menerusi dasar penstrukturan pukat tunda.

“Walaupun pukat tunda merupakan peralatan menangkap ikan yang efisien, namun ia tidak selektif sehingga mampu memusnahkan sumber dan habitat pembiakan udang dan ikan lantas menjejaskan ekosistem dasar laut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Pelupusan Vesel di premis Cawangan Perlindungan Sumber Kompleks Perikanan Kampung Acheh, Sitiawan hari ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI