fbpx

Tipu identiti vaksin, warga Bangladesh dipenjara 9 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG warga Bangladesh (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban kerana menipu menggunakan dokumen passport disyaki palsu untuk mendapatkan suntikan vaksin. FOTO : MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Tindakan seorang lelaki warga Bangladesh menggunakan pasport milik individu lain untuk mendapatkan vaksinasi Covid-19 membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Norzaliza Tesmin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Mizan Nur Rahman, 26, yang membuat pengakuan bersalah sebaik dua pertuduhan ke atasnya dibacakan.

Tertuduh telah dihantar ke Penjara Jelebu untuk menjalani hukuman.

Mengikut pertuduhan pertama, Mizan didapati telah memperdayakan Muhammad Nur Ikhwan Hamzah dengan curang sehingga mendorong beliau memberikan vaksin Covid-19 itu kepada tertuduh.

Kesalahan itu dilakukan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Pengajian Tinggi (IPT) Mega di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai di sini pada pukul 10 pagi, 13 September lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban didapati tidak memiliki apa-apa pas sah yang dikeluarkan mengikut undang-undang untuk masuk ke negara ini dan didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI