fbpx

Penularan video lucah libatkan pendakwah ganggu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Jalil ketika ditemui di IPD Gombak hari ini. - Foto AMIR KHALID

GOMBAK – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan bahawa penularan video dan mesej lucah menerusi aplikasi Telegram yang didakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal di Malaysia mengganggu siasatan yang sedang dijalankan oleh mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, tindakan menyebarkan mesej dan video berkenaan telah melambatkan perjalanan siasatan sekaligus mengganggu proses melengkapkan kertas siasatan.

“Secara tidak langsung, penularan bahan-bahan berkenaan melambatkan kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

“Walaupun anda mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan, tidak perlulah sebarkan di media sosial, salurkan terus kepada pihak polis agar kertas siasatan dapat dilengkapkan dengan teliti,” katanya pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed; Ketua (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal dan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed.

Menurut Abd. Jalil, pihaknya telah membuka dua kertas siasatan berhubung perkara tersebut iaitu siasatan ke atas pendakwah berkenaan dan siasatan ke atas individu yang menyebarkan video serta mesej lucah itu.

“Pihak polis akan mengenal pasti mereka yang terlibat dalam penyebaran bahan-bahan berkenaan dan mereka akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.

“PDRM ingin menasihatkan orang ramai agar menghormati siasatan yang sedang dijalankan dan hormatilah undang-undang sedia ada kerana kita tidak mahu kenyataan yang disebarkan mengganggu siasatan kes yang sedang berjalan,” ujar beliau.

Sebelum ini, beberapa tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp dan video lucah yang didakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal di Malaysia tular menerusi aplikasi Telegram sejak kelmalrin.

Terdahulu, PDRM semalam mengesahkan telah membuka siasatan berhubung penularan video serta mesej lucah tersebut di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Siasatan berhubung perkara itu turut dilakukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI