fbpx

12,607 pelancong masuk Langkawi dalam tempoh seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah keluarga menunggu keputusan ujian saringan Covid-19 sebelum menaiki feri ke Langkawi di Terminal Feri Kuala Kedah, hari ini.

ALOR SETAR – Seramai 12,607 pelancong memasuki Pulau Langkawi sejak bermula projek rintis gelembung pelancongan pada 16 September lalu sehingga semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd. Firdaus Ahmad berkata, jumlah itu dijangka meningkat pada penghujung tahun ini.

“Pada awalnya kami menganggarkan 30,000 pelancong akan memasuki pulau tersebut sehingga hujung bulan ini.

“Namun pengumuman prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sedikit memberi kesan kepada projek rintis ini,” katanya ketika meninjau keadaan di Terminal Feri Kuala Kedah di sini hari ini.

Kata beliau, pelaksanaan ujian saringan itu penting bagi memastikan tidak berlaku penularan Covid-19 di pulau peranginan tersebut membabitkan pelancong. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI