fbpx

Bekalan sayur-sayuran dari Cameron Highlands mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Bekalan sayur-sayuran bagi pasaran tempatan tidak akan terjejas ekoran kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley menghala ke Cameron Highlands baru- baru ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menghubungi Jabatan Kerja Raya Daerah Kinta dan dimaklumkan bahawa Jalan Persekutuan FT 059 Jalan Tapah Cameron Highlands telah dikenal pasti sebagai laluan alternatif.

Katanya, laluan itu boleh digunakan untuk membawa sayur-sayuran hasil dari ladang-ladang Cameron Highlands dan kawasan sekitarnya ke pusat-pusat pengedaran di seluruh negara.

“KPDNHEP memberi jaminan bahawa bekalan sayur-sayuran bagi pasaran tempatan adalah tidak terjejas.

“Pengguna dan peniaga yang menggunakan bahan mentah tersebut diminta tidak panik serta situasi ini tidak boleh dijadikan alasan oleh peniaga sayur-sayuran untuk menaikkan harga di pasaran,” jelasnya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan mereka pada 21 Spetember lalu ke atas 685 premis meliputi semua rantaian bekalan iaitu di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit, bekalan sayur-sayuran di pasaran adalah stabil dan mencukupi.

Katanya, kenaikan harga lima jenis sayur seperti sawi, cili, lada benggala dan beberapa jenis salad adalah kes lokaliti tersebut dan tiada kena mengena dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI