fbpx

Pelajar tolak vaksin boleh ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan belum berhasrat untuk melarang pelajar enggan divaksin daripada masuk ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka.

Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr. Mah Hang Soon bagaimanapun berkata, pihaknya akan mengadakan sesi kaunseling bagi memujuk mereka agar turut menerima imunisasi itu.

“Pelajar memang ada hak untuk meneruskan sesi pembelajaran di kelas dan tidak ada sebab untuk mereka ditolak masuk ke kawasan sekolah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali bersempena pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja.

Mengulas lanjut, Hang Soon berkata, berdasarkan tinjauan awal, segelintir yang menolak vaksin itu kemungkinan disebabkan tekanan daripada ibu bapa atau penjaga mereka sendiri.

“Kebiasaannya bukan kerana murid itu sendiri enggan diimunisasi, tetapi orang tua mereka yang mungkin bimbang agak keterlaluan atau memang kelompok antivaksin,” tambah beliau. –  K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI