fbpx

Mayat nelayan ditemui di perairan Pulau Kapas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Mohd. Noor dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu hari ini.

DUNGUN – Mayat Mohd. Noor Mamat, 67, ditemukan pada kedudukan kira-kira 20 kilometer dari Pulau Kapas, Marang pada 3.40 petang tadi selepas hampir 26 jam hilang dibawa ombak besar di muara Sungai Dungun semalam.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azman Alias berkata, mayat nelayan itu yang berseluar hitam dijumpai terapung kira-kira 38 batu nautika dari lokasi mangsa terjatuh di muara Sungai Dungun, Kuala Dungun.

“Mayat mangsa ditemui terapung di perairan Pulau Kapas oleh pasukan mencari dan menyelamat sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dari Jeti Marang,” katanya ketika ditemui pemberita di pusat kawalan operasi di Kuala Dungun di sini hari ini.

Azman berkata, arus deras, ombak besar dan air pasang besar menjadi salah satu faktor mangsa dihanyutkan jauh dari lokasi kejadian pada tempoh yang cepat.

Menurutnya, pencarian mangsa yang disertai lebih 50 anggota dan pegawai agensi, termasuk bomba, Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Dalam kejadian kira-kira 1.55 petang semalam, mangsa bersama seorang lagi rakannya, Mohd. Ibrahim, 63 terjatuh dari bot hentian kaca dinaiki bersama tekong, Mahadi Ibrahim, 56, selepas bot tersebut dilambung ombak besar.

Bagaimanapun, Mohd. Ibrahim berjaya diselamatkan selepas tekong berpatah balik dan menghulurkan bantuan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI