fbpx

Kematian lepasi angka 24,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes kematian negara kini melepasi angka 24,000 dengan 24,078 kes dilaporkan selepas pertambahan 334 kes kematian, seperti dipaparkan pada laman web CovidNow.

Berdasarkan data yang dikemas kini sehingga pukul 11.59 malam semalam, jumlah 334 kes tersebut termasuk 101 kes kematian bagi purata tempoh tujuh hari.

“Dalam masa sama, sebanyak 84 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dilaporkan, menjadikan jumlah kematian BID sebanyak 4,648 kes.

“Kesemua kes kematian dilaporkan di negeri-negeri kecuali Perlis, Labuan dan Putrajaya,” katanya di sini hari ini.

Negeri-negeri yang merekodkan kes kematian ialah Selangor (187), Johor (37), Kelantan (20), Kuala Lumpur (18), Sabah (14), Pulau Pinang (12), Sarawak (10), Kedah (8), Pahang (7), Terengganu (6), Negeri Sembilan (5) dan Melaka (3).

Terdapat 206,473 kes aktif melibatkan 172,868 kes dikuarantin di rumah, 21,890 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), 10,599 di hospital, 481 kes di Unit Rawatan Rapi tanpa bantuan pernafasan di 635 di ICU dengan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI