fbpx

Kajian gaji minimum dibentang hujung tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dapatan sesi libat urus Perintah Gaji Minimum (PGM) 2020 akan dibentangkan pada hujung tahun 2021 dan akan dilaksanakan pada tahun 2022.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, kerajaan telah mengadakan enam sesi libat urus berhubung perkara itu sehingga 1 September lalu.

“Kementerian Sumber Manusia melalui Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) telah melaksanakan sebanyak enam sesi libat urus mengikut zon.

“Ia dihadiri 209 buah persatuan majikan dan 93 kesatuan sekerja serta empat badan bukan kerajaan (NGO),” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar tentang komitmen kerajaan serta perincian usaha dalam kajian semula gaji minima.

Awang berkata, dalam melaksanakan kajian PGM 2020, kerajaan membangunkan borang kaji selidik serta menganalisis data bagi mengetahui kesan langsungnya kepada pekerja dan majikan.

Terdahulu, katanya, kajian PGM 2020 selaras dengan Seksyen 25 (1) Akta MPGN 2011 yang memperuntukkan kajian gaji minimum dilaksanakan sekurang-kurangnya setiap dua tahun.

Kata beliau, akta sama turut memperuntukkan kajian tentang impak gaji minimum terhadap pembangunan sosial dan ekonomi negara. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI