fbpx

Liga Super: Selangor ‘tolak tepi’ isu luar padang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELANGOR kembali fokus untuk menghadapi perlawanan pertama mereka menentang KDA dan mengharapkan kemenangan. - FB SELANGOR FC

SKUAD Selangor FC cukup bersemangat untuk mengharungi perlawanan kompetitif pertama dan ‘tolak tepi’ segala isu luar padang menjelang aksi Liga Super menentang Kedah Darul Aman (KDA FC) malam ini.

Ketua jurulatih Gergasi Merah, Mohd. Nidzam Jamil berkata, sudah pasti pasukan sedih dengan situasi yang berlaku sebelum ini tetapi sekarang adalah masa untuk semua pihak memberi sepenuh tumpuan kepada pasukan.

“Semua pemain, barisan kejurulatihan serta pengurusan sedih dengan apa yang terjadi dan kita banyak belajar mengenai perkara tersebut. Kini, semua sudah kembali fokus untuk mengharungi aksi menentang Kedah.

“Secara praktikal, ini adalah perlawanan pertama pasukan musim ini dan saya pasti semua pemain bersedia sepenuhnya kecuali V. Ruventhiran yang terpaksa dipinggirkan ekoran kecederaan,” katanya.

Sebagai rekod, skuad Gergasi Merah menerima tamparan hebat selepas bintang sensasi, Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali pada 5 Mei lepas.

Situasi tersebut menyaksikan pengurusan Selangor mengambil keputusan untuk menarik diri dalam aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu lalu atas faktor keselematan.

Sementara itu, Nidzam mengakui masih belum menetapkan kesebelasan utama khususnya pengganti Faisal, tetapi dalam masa sama memuji pasukan Sang Kenari yang dilihat agak solid pada kempen kali ini.

“Saya masih belum ada perancangan tetapi kemungkinan Mukhairi Ajmal boleh beraksi di posisi (Faisal) atau pemain import, Reziq Bani Hani. Masih ada beberapa kelemahan perlu diperbaiki kerana benteng Kedah juga agak ampuh dengan kehadiran tonggak seperti Rizal Ghazali,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI