fbpx
Dolla muncul artis ketiga tanah air yang menghiasi papan iklan digital tersohor, New York Times City di Amerika Syarikat hari ini.

Giliran Dolla hiasi New York Times Square

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Kumpulan Dolla menjadi artis ketiga tanah air yang muncul di papan iklan digital tersohor New York Times Square, Amerika Syarikat hari ini.

Penampilan Dolla itu merupakan sebahagian daripada kempen Equal oleh platform penstriman digital tersohor dunia, Spotify.

Dolla menerusi hantaran dalam Instagram menyifatkan peluang tersebut sebagai satu penghargaan besar dan mimpi buat mereka.

“Dolla takes New York Times City Square. A dream come true (Dolla di New York Times City Square. Satu impian yang menjadi kenyataan),” tulis mereka.

Untuk rekod, terdapat 35 senarai lagu atau playlist Equal yang meliputi artis dari 50 negara dan Dolla sebagai wajah hadapan wakil bagi senarai lagu dari Malaysia dan Singapura.

Terdahulu, Dolla yang dianggotai empat ahli dan ditubuhkan pada tahun 2019 tersebut mula menggegar industri muzik tempatan dengan penampilan mereka yang agak berani dan sering mendapat jolokan kumpulan K-pop Malaysia.

Selepas menerajui carta muzik tempatan dengan single pengenalan mereka Dolla Makes You Wanna, kumpulan ini terus mencuri perhatian penggemar muzik tanah air dengan single Impikan dan Watch Me Glow.

Terdahulu, papan iklan New York Times Square pernah memaparkan wajah penyanyi Yuna, dan bintang baharu Layla Sania bulan lalu.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR