fbpx

Warga emas maut kereta dinaiki terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba sedang memadamkan kebakaran kereta berkenaan di lokasi, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas maut selepas kereta jenis Perodua Kancil yang dinaikinya terbakar dalam kejadian di Blok D, Warisan City View, Jalan 1/93 A Off Jalan Cheras, dekat sini hari ini.

Mangsa yang berusia 82 tahun itu berada di dalam kereta berkenaan ketika kejadian dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan, Kementerian Kesihatan (KKM).

Komander Operasi Kanan, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB), Wan Hamizan Kamaruddin berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.10 pagi daripada orang awam.

“Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu bersama Jentera LFRT-1 dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera bomba di lokasi empat minit kemudian mendapati sebuah kereta jenis Perodua Kancil terbakar 50 peratus.

“Terdapat seorang lelaki berusia 82 tahun di dalam kereta tersebut, bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM yang tiba di lokasi,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Jelas beliau, pasukan Unit Forensik akan menggunakan anjing pengesan bomba untuk menyiasat punca kebakaran yang meragut nyawa lelaki itu. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI