fbpx

Jakim bakal miliki balai cerapan falak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris ketika berucap secara online bagi merasmikan Seminar Falak Nusantara (Saras) 2021 hari ini.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bakal mempunyai sebuah balai cerapan khas tersendiri bagi tujuan pengurusan ibadah berasaskan ilmu falak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, balai cerap itu bukan sahaja untuk penentuan anak bulan, gerhana dan sebagainya, bahkan dikongsi penyelidik sains angkasa.

“Kerajaan lihat ada keperluan dibina pusat falak itu yang boleh memenuhi urusan pentadbiran dan penyelidikan sains angkasa untuk dimanfaatkan umat Islam seluruh negara.

“Saya berharap balai ini kelak dapat melahirkan pakar falak bertaraf dunia dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk alim ulama, badan bukan kerajaan, pelajar dan lain-lain,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Falak Nusantara (Saras) 2021 secara online anjuran Institut Tanah dan Ukur Negara dengan kerjasama Jakim, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Persatuan Jurufalak Syarie serta jabatan mufti negeri-negeri hari ini.

Balai Cerap Kebangsaan di Pulau Langkawi, Kedah serta Planetarium Negara di Kuala Lumpur diuruskan Agensi Angkasa Malaysia, namun balai cerap di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu dan Sabah dikendalikan pihak jabatan mufti negeri masing-masing.

Terbaharu, Johor dan Sarawak juga bakal membina balai cerap masing-masing, manakala pusat astronomi ilmu falak khusus dijangka diwujudkan di Labuan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI