fbpx

80 peratus populasi sudah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada semua pihak ekoran kadar vaksinasi negara akhirnya mencecah 80 peratus populasi.

Menerusi satu entri di Facebook, beliau berkata, kejayaan tersebut adalah hasil daripada pengorbanan semua pihak bagi mendapatkan vaksin Covid-19.

“Hasil pengorbanan para frontliners dan sokongan jitu seluruh Keluarga Malaysia dalam mendapatkan vaksin, tidak mengira tua atau muda, baik yang di kota, juga yang di desa, kadar vaksinasi negara akhirnya telah mencapai 80 peratus populasi.

“Tahniah ini adalah kejayaan kita semua!,” katanya hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI