fbpx

10,862 masyarakat Orang Asli Selangor lengkap vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Anis (tiga dari kiri) menyampaikan bakul makanan kepada Pengerusi Kampung Orang Asli Bukit Bangkong , Marin Mungai sebagai simbolik penyerahan di Kampung Orang Asli Bukit Bangkong.

SEPANG – Seramai 10,862 individu atau 75.68 peratus populasi dewasa masyarakat Orang Asli di Selangor telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Selangor dan Wilayah Persekutuan, Mohamad Anis Othman berkata, seramai 11,874 individu atau 82.73 peratus populasi dewasa masyarakat itu pula telah menerima sekurang-kurang satu dos suntikan vaksin.

“Melihat perkembangan itu, jelas menunjukkan usaha Jakoa bersama dengan agensi kerajaan lain seperti Kementerian Kesihatan (KKM) dan Tok Batin serta komuniti masyarakat dalam menarik mereka menerima vaksin berjaya.

“Bagaimanapun, masih ada yang belum divaksin daripada jumlah keseluruhan masyarakat Orang Asli di Selangor iaitu seramai 14,352 orang atas faktor-faktor tertentu,” katanya pada Program Kerja Amal Pemberian Bakul Makanan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Budimas di Kampung Orang Asli Bukit Bangkong di sini hari ini.

Seramai 345 keluarga dan 545 kanak-kanak dari Kampung Orang Asli Bukit Bangkong menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian.

Menurut Mohamad Anis, Jakoa akan mempergiatkan usaha mendekati Orang Asli selain memaklumkan akan kepentingan vaksinasi bagi membolehkan sasaran mencapai 100 peratus menjelang akhir Oktober depan dicapai.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Budimas, Anne Rajasaikaran berkata, program itu merupakan kempen kerja amal pihaknya dalam menghulurkan bantuan kepada golongan B40 yang memerlukan dalam menghadapi cabaran pandemik Covid-19. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI