fbpx
Shamsul Nizam ketika melakukan pemeriksaan harga ayam di Pasar Besar Alor Setar, semalam.

Padah jual ayam dengan harga tidak munasabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Sebanyak 21 premis diberikan notis bertulis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 setelah didapati menjual ayam pada harga tidak munasabah di negeri ini.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Operasi), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Shamsul Nizam Khalil berkata, pemantauan dan pemeriksaan harian dilakukan secara konsisten di setiap rantaian pengedaran ayam iaitu penternak, pemborong dan peruncit.

Menurutnya, operasi itu penting dalam memastikan tiada pihak yang memanipulasi harga dan mengaut keuntungan tidak munasabah.

“Susulan daripada isu kenaikan harga ayam, KPDNHEP Kedah menjalankan pemeriksaan berterusan di pasar-pasar awam untuk memastikan peniaga tidak menjual ayam standard melebihi RM9.50 sekilogram,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, pihaknya setakat ini telah melakukan 704 pemeriksaan di seluruh negeri ini bagi memastikan isu kenaikan harga ayam dapat dikawal.

“Ayam di pasar basah dijual pada harga antara RM9 sehingga RM10.50 sekilogram sejak awal bulan ini,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan juga mendapati ada peniaga menjual ayam standard pada harga RM7.90 di Pasar Besar Alor Setar. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

POPULAR

BERITA BERKAITAN