fbpx

Nadi Cinta Kita, sebuah tribut daripada Hasnol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASNOL

NAMA Hasnol bukan lagi satu yang asing dalam dunia hiburan tanah air.

Pernah menaghasilkan dua album, Sudi Katakan Sudi pada tahun 1992 dan Caraku selang dua tahun selepas itu, nama dan lagunya tetap malar segar hingga ke saat ini.

Terbaharu, Hasnol baharu sahaja hadir dan meluncurkan sebuah album berjudul Nadi Cinta Kita khas buat peminat yang sudah lama menantikan buah tangan daripadanya.

Nadi Cinta Kita memuatkan tujuh buah lagu terbaharu iaitu Nadi Cinta Kita, The Ryhtm Of Love, Hilang, Laguku Untukmu Remix 2020 dan tiga lagu lagi dalam versi instrumental.

Hasnol juga pernah popular dengan lagu siulan nyanyiannya berjudul Laguku Untukmu ciptaan Allahyarham Adnan Abu Hassan dan liriknya ditulis oleh dirinya sendiri.

Kini, sebagai tanda tribut dan penghargaan kepada arwah, lagu tersebut dirakamkan semula secara remix dan instrumental serta menjadikannya satu daripada trek dalam album terbaharu ini.

Istimewanya dalam album berkenaaan, trek berjudul Hilang merupakan ciptaan Allahyarham Tony Iskandar Alberto atau lebih dikenali dengan nama pentas, Tony Spider.

“Pada mulanya, album Nadi Cinta Kita ini adalah sebuah dedikasi saya buat isteri sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke-10 tahun lalu.

“Namun, banyak perkara yang membuatkan saya bersemangat untuk mendedikasikan album ini kepada kedua-dua arwah sahabat yang pernah bekerjasama dengan saya dalam pembikinan album pertama dan yang terbaharu ini.

“Sahabat karib juga bagaikan seorang ahli keluarga saya, album ini terus menjadi tribut,” ujar Hasnol.

Tambah Hasnol atau nama lengkapnya Hasnol Hassan Ariff, album Nadi Cinta Kita turut memuatkan sebuah trek dengan judul serupa yang juga diterbitkan dalam versi bahasa Inggeris bertajuk Rhythm of Love.

Lagu tersebut menjadi nukilan pertama dalam sejarah Hasnol sebagai artis rakaman yang dinyanyikan dalam bahasa Inggeris.

Untuk itu, dia mengharapkan penerimaan seluruh peminat dalam percubaan julung kalinya untuk itu.

Menyorot sedikit perjalanan album Nadi Cinta Kita, Hasnol memberitahu, segalanya bermula dengan rakaman lagu Hilang yang digubah dan disusun Allahyarham Tony Spider hujung tahun 2018.

Kemudian, Hilang dirakam semula di studio Luncai Emas pada awal tahun 2019 dan bersetuju untuk memperbaharui lagu Laguku Untukmu untuk dilancarkan sebagai remix dan pada masa sama diluncurkan sekali bersama lagu Hilang.

Bagaimanapun, kerja-kerja promosi dan publisiti untuk album itu tidak dapat dijalankan kerana pandemik Covid-19 yang melanda bermula Mac 2020.

“Apabila Covid-19 melanda, saya dan ramai lagi dalam industri hiburan terjejas kerana tiada ruang untuk membuat persembahan.

“Walaupun boleh melakukan secara maya dalam media sosial, tapi tetap tidak sama seperti bersemuka.

“Memang keadaan menjadi sempit, nak dapatkan bantuan atau geran daripada kerajaan bukanlah semudah yang disangka,” ujarnya.

Sehingga kini, dua daripada lagu yang terkandung dalam Nadi Cinta Kita, iaitu sebuah lagu dengan sama dan Hilang sudah tersedia dalam semua platform muzik digital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI