fbpx
Sebahagian senjata api buatan sendiri yang dirampas daripada lima lelaki dalam serbuan pada 10 September lalu.

Lima ditahan angkara jual senjata api buatan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANAU – Lima lelaki dipercayai terlibat dalam aktiviti membuat serta menjual senjata api buatan sendiri ditahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau dalam serbuan dilaksanakan bersama Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah pada 10 September lalu.

Semua lelaki berusia antara 29 sehingga 57 tahun berkenaan diberkas bersama 20 laras senjata api jenis bakakuk, ginsuk, senapang angin dan senapang guli serta puluhan peluru hidup.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, penahanan pertama melibatkan suspek berusia 30 tahun yang ditahan di sebuah rumah di Kampung Kigiuk.

“Polis berjaya merampas dua laras senjata api bersama 11 butir peluru hidup, 30 butir palet senapang angin dan peralatan membuat senjata api.

“Ekoran penahanan suspek, kita meneruskan operasi dengan menyerbu beberapa lokasi sekitar daerah ini dan menahan empat suspek lain.

“Kita berjaya merampas tujuh laras bakakuk dan 11 laras senapang bersama peluru hidup dan palet senapang angin,” katanya ketika sidang akhbar di IPD Ranau hari ini.

Jelasnya, siasatan awal mendapati pemilik senjata api memberi alasan senjata api berkenaan digunakan untuk tujuan keselamatan tanaman dan memburu,” ujarnya.

Katnya, kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang enam sebatan jika sabit kesalahan. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

POPULAR

BERITA BERKAITAN