fbpx

Lelaki maut dirempuh kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video orang awam yang mendakwa lokasi kejadian seorang lelaki dirempuh kereta api di Kampung Jawa di Perai malam tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki maut selepas dipercayai dilanggar sebuah kereta api di Kilometer 4.5 di landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dekat Kampung Jawa, Perai di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8.20 malam itu, lelaki warga tempatan berusia 40-an tersebut meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, mangsa dipercayai dilanggar kereta api di laluan landasan arah Butterworth menghala Bukit Mertajam.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah yang dikesan dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Seberang Jaya di sini untuk dibedah siasat selepas keputusan ujian saringan Covid-19 diperolehi.

Sementara itu, Shafee menasihati orang awam supaya tidak menceroboh kawasan yang dipagar atau melintas landasan kereta api kerana tindakan itu boleh membahayakan nyawa dan mengakibatkan kerosakan harta benda. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI