fbpx

Lelaki hampir putus pergelangan tangan ditetak jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan darah dapat dilihat di lokasi kejadian iaitu hadapan sebuah rumah di Kampung Kelubi Dalam, hari ini.

JITRA – Seorang lelaki cedera parah apabila pergelangan tangan kirinya hampir putus akibat ditetak jirannya di hadapan sebuah rumah di Kampung Kelubi Dalam, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa berusia 27 tahun dikatakan pergi ke rumah suspek berusia 29 tahun sebelum berlaku pergaduhan antara mereka.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, kedua-dua lelaki terbabit yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan menggunakan sebilah parang dan pedang dalam kejadian tersebut.

Katanya, ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan pada pergelangan tangan kiri manakala suspek cedera pada perut.

“Mangsa dihantar ke Hospital Jitra untuk rawatan manakala suspek ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Jelas beliau, pihaknya merampas kedua-dua senjata tajam yang digunakan.

“Kita masih menyiasat punca kejadian yang mana suspek didapati merupakan pesakit mental” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI