fbpx

Dua anggota polis leka berhibur antara 14 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara 14 individu yang ditahan ketika sedang leka berhibur di sebuah residensi mewah di Changkat Raja Chulan, Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis berpangkat Lans Koperal dan konstabel (sokongan) dari cawangan Tugas Am antara 14 individu ditahan ketika sedang leka berhibur dalam satu parti liar di sebuah residensi mewah di Changkat Raja Chulan, di sini Sabtu lalu.

Serbuan telah dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur selepas mendapat maklumat dan melakukan risikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd. Latif berkata, kesemua tangkapan terdiri daripada tujuh lelaki dan tujuh wanita tempatan berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun.

“Hasil pemeriksaan di premis tersebut, polis telah menjumpai dadah jenis Ketamin seberat 5.56 gram yang dianggarkan bernilai RM834.

“Penganjur parti liar berkenaan adalah seorang lelaki berusia 39 tahun dan alasan yang diberikan kerana menganjur parti liar tersebut adalah untuk bertemu kenalan serta berhibur.

“Pengunjung yang hadir dijemput melalui panggilan telefon oleh penganjur dan tiada sebarang bayaran dikenakan. Premis tersebut telah disewa oleh penganjur dengan harga RM220 sehari,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sahar memberitahu, hasil semakan lanjut identiti pengunjung mendapati, dua antara yang ditahan adalah anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel (sokongan) dari Cawangan Tugas Am.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua 14 individu yang ditahan positif dadah jenis Ketamin.

“Kesemua mereka telah dikenakan kompaun RM4,000 setiap seorang di bawah Peraturan 17(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) (Pelan Pemulihan Negara) (No.2) 2021 menjadikan jumlah kompaun sebanyak RM56,000,” jelasnya. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI