fbpx

Tuchel tuntut aksi sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROMELU LUKAKU diletakkan sebagai sandaran utama merobek gawang Spurs malam ini. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mengharapkan aksi lebih baik ditampilkan skuad kendaliannya menjelang saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham Hotspur malam ini.

The Blues pastinya mahu meneruskan rentak cemerlang musim ini apabila masih belum tewas dalam empat perlawanan selepas mencatat tiga kemenangan serta satu keputusan seri.

Selepas sekadar menang 1-0 ke atas Zenit St. Petersburg dalam saingan Liga Juara-Juara Rabu lalu, Tuchel berharap pemain-pemainnya bangkit dengan aksi lebih baik ketika menentang Spurs nanti.

“Agak lega kerana kami tidak ada isu kecederaan yang baharu. Selain itu, Christian Pulisic dan N’Golo Kante juga sudah mula turun menjalani latihan secara individu.

“Aksi itu nanti akan jadi satu perlawanan menarik kerana ke­dua-dua pasukan adalah musuh setempat, jadi sudah tentu saya mahu semua pemain berikan segala-galanya pada pertemuan tersebut,” kata beliau.

Bekas jurulatih Borussia Dortmund itu juga percaya mereka perlu berwaspada dengan kemampuan yang dimiliki Spurs memandangkan skuad kendalian Nuno Espirito Santo itu sudah menewaskan Manchester City musim ini.

“Mereka memiliki pengurus baharu yang membawa semangat baharu. Saya agak teruja untuk beraksi dalam perlawanan yang kompetitif seperti ini kerana ia membantu pasukan menjadi lebih baik,” ujar Tuchel.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI