fbpx

Terminal Feri Kuala Kedah dibuka 23 September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terminal Feri Kuala Kedah dibuka semula pada Khamis ini.

ALOR SETAR – Perkhidmatan feri dari Terminal Feri Kuala Kedah ke Pulau Langkawi akan dibuka semula bermula 23 September ini.

Terminal feri itu dibuka apabila pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Kedah sejak 6 September lalu tamat esok.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom berkata, terminal feri tersebut hanya dibuka pada Khamis ini bagi memberi laluan kepada agensi kerajaan dan swasta membuat persiapan tempat bagi tujuan ujian saringan Covid-19.

“Buat permulaan, kami hanya membuka dua perjalanan sehari dan memantau trend pembelian tiket.

“Pengalaman di Kuala Perlis baru-baru ini, ramai penumpang tidak jadi masuk ke Langkawi atau memohon pindaan tarikh disebabkan mendengar cerita tidak benar di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baharin berkata, pihaknya memohon agar isu kesesakan di Terminal Feri Kuala Perlis yang lama dan ditularkan semula tidak dijadikan modal untuk menakutkan pelancong ke Langkawi.

“Kami juga menyambut baik ujian saringan Covid-19 di pintu-pintu masuk terminal feri ke Langkawi kerana dapat memberi sedikit keyakinan kepada penumpang di dalam feri dan penduduk tetap Langkawi.

“Diingatkan juga agar penumpang dapat merancang perjalanan dan datang ke terminal sekurang-kurangnya dua jam awal bagi mengelak kesesakan di pusat ujian saringan Covid-19,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI