fbpx

RM1 juta bina cerucuk besi di kawasan tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Azmin bercakap selepas hadir meninjau kediaman penduduk yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Height di sini. -Foto FARIZ RUSADIO

AMPANG JAYA – Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan bahawa peruntukan sekurang-kurangnya RM1 juta diperlukan bagi melakukan kerja-kerja pembinaan cerucuk besi untuk menghentikan pergerakan tanah di Kemensah Heights di sini hari ini.

Jelas beliau, terdapat keperluan untuk menghentikan pergerakan tanah terlebih dahulu berikutan cuaca yang tidak menentu sebelum kerja-kerja baik pulih boleh dimulakan.

“Menerusi taklimat yang diberikan pagi tadi, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memaklumkan bahawa peruntukan sekurang-kurangnya RM1 juta diperlukan bagi melakukan kerja-kerja pembinaan cerucuk besi di kawasan yang terjejas.

“Saya juga telah menghubungi Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk melihat bagaimana Kerajaan Persekutuan boleh turut serta membantu pihak berkuasa tempatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Menurut Mohamed Azmin, Jabatan Mineral dan Geosains akan melengkapkan laporan teknikal penuh berhubung kejadian tanah runtuh berkenaan dalam masa tiga hari.

“Laporan teknikal berkenaan akan menentukan sama ada kawasan rumah itu selamat untuk didiami atau tidak dan setakat ini dimaklumlan struktur rumah terbabit masih utuh dan tiada sebarang pergerakan dan penduduk akan dibenarkan pulang sekiranya laporan mengatakan ia selamat untuk kembali diduduki kelak,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata telah dimaklumkan tentang kejadian malam tadi sebelum melakukan tinjauan ke lokasi kejadian hari ini.

“Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, telah berlaku tanah runtuh di bahagian belakang tiga buah banglo mengakibatkan air sungai yang terdapat di situ melimpah sehingga berlaku mendapan yang menjejaskan 16 buah unit rumah teres dua tingkat lain.

“Susulan kejadian, sebanyak 32 buah keluarga telah dinasihatkan oleh anggota bomba untuk mengosongkan kawasan tersebut dan kini ditempatkan di Dewan Orang Ramai AU2 dan AU5 di Lembah Keramat,” ujar beliau.

Terdahulu, Kosmo! Online semalam melaporkan tentang kejadian tanah runtuh di Jalan Kemensah Height di sini sehingga mengakibatkan penduduk di kawasan terlibat terpaksa mengosongkan kediaman mereka sebagai langkah berjaga-jaga. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI