fbpx
Gambar hiasan

Amaran ribut petir di 10 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA- Penduduk di 10 negeri termasuklah Kuala Lumpur dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran ribut petir pada petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, amaran ribut petir di negeri-negeri terlibat diramalkan berlaku sehingga pukul 5 petang nanti.

“Antara negeri terlibat termasuklah Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak di mana ramalan ribut petir serta hujan lebat sehingga pukul 4 petang nanti.

“Bagaimanapun, di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan serta Melaka, amaran itu berlarutan hingga 5 petang nanti,” katanya sebentar tadi.

MetMalaysia berkata, amaran ribut petir dan hujan lebat turut dijangka berlaku di kawasan Langkawi, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah sehingga pukul 4 petang manakala di Yan dan Kuala Muda berlarutan hingga 5 petang.

Ketika ini, orang ramai mula membanjiri Langkawi bagi menghabiskan cuti hujung minggu selepas kerajaan membenarkan kunjungan ke pulau peranginan itu bermula 16 September menerusi konsep gelembung pelancongan.

Justeru, orang ramai termasuk pelancong di Langkawi dinasihatkan untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga berikutan amaran cuaca yang dikeluarkan itu. -K! ONLINE.

POPULAR