fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa lima negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir beserta hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di lima negeri sehingga pukul 8 malam, hari ini.

“Ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di Jeli, Kelantan selain Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan di Pahang.

“Ribut petir dan hujan lebat turut diramal berlaku di Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling serta Hulu Langat di Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook sebentar tadi.

Menurut MetMalaysia, ribut petir dan hujan lebat turut dijangka melanda satu atau dua tempat di Serian, Samarahan, Kuching, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI