fbpx

Jururawat maut, kereta terbabas lalu jalan berbonggol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta yang dipandu mangsa merempuh sebatang tiang elektrik selepas melalui jalan berbonggol di Jalan Kuala Krai-Kota Bharu dekat Kampung Bunut Payong, Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Seorang jururawat maut selepas kereta yang dipandunya terbabas merempuh tiang elektrik ketika melalui jalan berbonggol di Jalan Kuala Krai-Kota Bharu dekat Kampung Bunut Payong di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu, mangsa, W. Nurintan Farahida W. Hasan, 36,meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, siasatan awal mendapati, mangsa memandu kereta jenis Nissan Almera sedang dalam perjalanan dari arah Wakaf Che Yeh ke Kota Bharu untuk ke tempat kerjanya di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Katanya, apabila melalui laluan selekoh, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan ketika sampai di satu bonggol yang terletak di tengah jalan raya.

“Insiden itu menyebabkan kereta berkenaan dipercayai terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh sebatang tiang elektrik dan bahagian hadapan sebuah kedai.

“Mangsa dipercayai tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Abdul Rahim, mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini untuk dibedah siasat.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI