fbpx

Plaza Tol Duta kembali ‘meriah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan keadaan di Plaza Tol Jalan Duta arah utara semalam.

PETALING JAYA – ‘Dah boleh rentas negeri ke atau ke Langkawi semua?

Itu persoalan yang dibangkitkan pengguna laman Facebook apabila melihat kesesakan yang berlaku di Plaza Tol Jalan Duta arah utara semalam.

Menerusi klip video yang dikongsi oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nan Asklinux, kelihatan deretan kereta bermula dari sebelum plaza tol berkenaan sehingga kawasan mendaki di Bukit Lanjan selepas tol terbabit.

Kosmo! Online difahamkan, keadaan sesak itu terjadi ekoran berlaku beberapa kemalangan kecil selepas Bukit Lanjan.

Selain itu, orang ramai turut mengambil peluang merentas daerah dan negeri sempena cuti Hari Malaysia yang jatuh pada hari ini.

Susulan perkongsian klip video itu, rata-rata netizen mempersoalkan adakah ketika ini kebenaran rentas negeri sudah dibenarkan memandangkan Lembah Klang masih berada di Fasa Dua.

“Meriah betul Tol Jalan Duta semalam, ramai-ramai tu nak balik kampung sempena cuti Hari Malaysia ke?,” soal Kecik Keramat.

Pada masa sama, pengguna laman Facebook turut mengaitkan kesesakan itu dengan kebenaran yang diumumkan kerajaan untuk bercuti ke Langkawi.

“Mungkin mereka semua ini nak ke Langkawi, bersangka baik. Elok juga biar kosong Kuala Lumpur dan Lembah Klang,”kata Ijat Tol.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI