fbpx

[VIDEO] Lima kes Covid-19 dikesan sebelum ke Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Lima kes positif Covid-19 dikesan selepas saringan dijalankan melalui ujian RTK-Ag melibatkan individu yang ingin masuk ke Pulau Langkawi, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes positif yang dikesan merupakan kategori satu iaitu tidak bergejala dan telah diberikan perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) untuk diisolasi bagi tempoh 10 hari.

Menurutnya, pengesanan kes melalui ujian RTK-Ag melibatkan 2,528 orang manakala enam individu menjalani ujian RT-PCR sendiri sebelum ke lapangan terbang dan kesemua keputusan adalah negatif.

“Baki 12 kanak-kanak di bawah enam tahun tidak menjalani ujian Covid-19 dan dibenarkan berlepas bersama keluarga masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, sehingga pukul 12 tengah hari, seramai 2,546 orang disaring di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi melibatkan 1,250 orang di empat pintu masuk lapangan terbang dan 1,296 orang melalui jeti feri di Kuala Perlis.

Katanya, seperti ditekankan sebelum ini, kejayaan Projek Rintis Langkawi sebagai gelembung pelancongan domestik pertama ini sangat penting dalam menentukan hala tuju pembukaan destinasi gelembung pelancongan domestik yang seterusnya.

“Projek rintis ini perlu dilaksanakan dengan berhati-hati bagi memastikan ia berjalan lancar dan tidak menyebabkan berlakunya peningkatan kes serta kluster baharu.

“Atas sebab itu, kerajaan perlu memastikan setiap pelancong yang akan bercuti ke Pulau Langkawi telah menerima vaksinasi lengkap, bukan merupakan kes positif Covid-19 dan bukan kontak rapat kepada kes positif,” ujarnya. -K! ONLINE

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI